BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 16, 2011

biasa2 aja.

Assalamualaikum....


Hmmm....Semalam tak sempat nak updet. Waktu siang maklang sibuk macam biasalah. Lepas dah buat breakfast terus aje masak untuk lunch. Breakfast was mee goreng and for lunch maklang buat chilli crab. Lepas tu, terus mengadap mesin. Alhamdulillah semalam sempat lah menyiapkan pouches . Takat ni baru 24 aje yang dah jadi pouch, ada lagi 76 nak jahit. Harap2 dapatlah siap by Wednesday next week. InsyaAllah. Ada jugak kawan yang mintak siapkan beg telekong dia 3 biji. ASAP kata dia. Nak ASAP apalah gaknya ek...mata I yang berasap nanti...Issshh...kena sabar lah sayang...


Semalam tengahari, kami pergi ke rumah kawan yang buat tahlil sempena seminggu mak dia meninggal dunia kerana sakit cancer usus. Sempat jugak maklang melawat jenazah sebelum dikebumi last week. Alfatihah untuk beliau.

Lepas dari sana, maklang and Cik Abang balik rumah ambil anak2. Mereka ni kalau pergi rumah orang tak mau ikut. Tapi kalau kata nak pergi MM, tak sabar2 nak ikut. Biasalah kalau dah masuk supermarket ni, seme kalau boleh nak masukkan dalam teroli. Penuhlaa...as usual. Tapi kalau pergi dengan Abah, memang kena kemas aje teroli nya, kalau ngan Mak, tak kisah, campak ajelah masuk teroli tu..nak cepat balik! he..he... Semalam jugak first time kami hangkut beg2 dari rumah sebab kalau tak ada beg, then kena bayar RM0.20 seplastic. Nasib baik beg2 tu cukup.

Rasa tak sihat pulak semalam....hu..hu...maklang tidur lepas makan ubat . Nasib baik dah malam lega sikit..Alhamdulillah...Dan malam tadi anak2 dara maklang yang buatkan dinner. Homemade beef burger ( patutu berejam baru dapat makan! - and habis 2 ketul besar tenderloin abah!) dan garlic bread. Thumbs up untuk anak2 mak...
Pagi tadi , Along tolong buatkan tortilla isi ngan ayam. sedap sungguh...Maklang kata dari dia pergi kerja, baiklah dia tolong2 keje rumah. Tak payah lah maklang nak terkejar2 nak hantar ambik dia kat tempat dia keje..thanks for helping out.

Ni dia, abah tengah enjoy his breakfast pagi tadi..berdua ngan Mak sebab anak2 semua dah kesekolah..

Ini pulak teko yang telah di lestarikan. tutup dia pecah gara2 Angah tak perasan benda tu kat tepiiii meja...Hangin kejap mak..Tapi bukan nak cerita pasal tutup teko tapi nak cerita pasal tutup mulut teko...lestari kan sebab tu botol ubat, letak kat situ sebab selalu sangat lalat masuk...gelis jer...







Ni balik petang tadi sempat jugak maklang jahitkan 2 helai kain samping untuk Ucop, maklang hentam aja size dia. Harap Ucop muat.


Minggu ni pulak, minggu Hakim kena hafal sifir. Beriya2 dia hafal sifir sebab nakkan imbuhan. Nampak susah dia nak buat math kalau tak hafal sifir ..so untuk nak mendapatkan 'mood' dia nak hafal sifir maklang kenalah bagi imbuhan untuk dia...Suka benarlah dia...So, sejak dari malam semalam, asyik dengar dia menghafal aje..InsyaAllah dapatlah tu...:)


Oklah nak sambung jahit pouch. Cik Abang baru aje beritahu wiken ni dia ajak gi Kuantan pulak. Ada ex anak buah dia kawin..Aiyoyo..nampak gaya kena marathon gila2 jahit pouch minggu ni sebab wiken dah sibuk nak ke Kuantan...Ya ALlah moga Kau beri kekuatan kepada ku untuk menyiapkan kerja2 ni...Amin...

sehingga berjumpa lagi...:)

6 comments:

kak Erna said...

Amin..semoga mak lang diberikan kesihatan yang baik..supaya mudah menjalankan tugas2 mak lang,,
untung jugak ada anak besar kan mak lang..boleh bantu buat sarapan..
hero2 akak dah besar pun tak boleh lagi buat sarapan..

maklang said...

kak erna

tq doakan maklang..

aha...Alhamdulillah..anak2 dara maklang dah boleh harap...tak payah dah mak dia bersilat lama2 kat dapor...

tak kak erna...nanti moga2 menantu pulak boleh harap..Insyaallah

zino said...

tutup teko tu memang satu inovasi patut di paten kan hehe

MOKCIK AZWA said...

Sedapnya breakfast ala western tu..seronok anak2 dah boleh harap untuk ke dapur kan mak lang..

semoga berjaya siapkan tempahan2 tu dgn jayanya...aminnn

IXORAROXI said...

Maklang, kalau anak2 struggle nak hafal sifir, cuba beri alternative lain pada dia orang, ada teknik mudah untuk mengingat sifir ni, salah satu caranya, mintak dia org tulis dan lihat, contoh sifir 9.semakin besar no 9 di darab, no belakangnya semakin mengecil menurut turutan 1 dan nombor depan bertambah 1,mcm tu juga sifir 4,3,7 dan lelain...selamat mencuba

My Life My World said...

Wah! macam superwomen betul Mak Lang ni, semput baca aktivit Mak Lang. Bebudak bila beso sikit memang gitu lah yer Mak Lang, sama lah dengan anak saya. Kalau nak ker Shopping Centre, tak yah ajak. Dia lak ajak kita beria-ia.

P/S ; perangai hubby mak lang sama ler dengan saya, barang dalam troli mesti susun elok elok ... hehehehe