BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 8, 2011

Toy baru lagi?

Assalamualaikum

Kecewa maklang. Macam maklang cakap dalam entry yang lepas, mesin maklang buat hal. Ni nak kena hantar servis dulu. Tengok apa org yang betul mesin tu cakap. Kalau kena banyak sangat malas nak betulkan. Baik invest kan mesin baru yang boleh jahit tebal. tadi dah tanya kat tokey mesin kat Dungun. Taklah mahal mana. Bolehlah. Yang best tu, dia kata, suka hati nak bayar berapa. Nak bagi duit muka, 500 ke 100o ke, suka hati. Tak ada riba-riba ni. Lepas duit muka tu, suka hati nak bayar berapa. Ni sudah baik. Keje kuat sikit buat RE, boleh dapat mesin jahit tu. He...he..part berangan memang best. Tapi tengok Cik Abang hangguk ke tak...:)

***********


Semalam maklang sibuk seharian di dapur...tak lah seharian, sepagian! Jumaat memang bizi. Lambat ke pasar tani semalam sebab pagi semalam hujan lebat betul. Kami keluar rumah, kali ini dengan bujang manja mak, dalam pukol 9. Lauk kat pasar pun tinggal tak banyak...siapa suruh lambat! By the time balik dah dekat pukol 10! Hujan masih renyai2...Breakfast beli jelaa..as usual nasi lemak, nasi dagang , laksam dan pulut kuning. Siapa nak yang mana nanti amek laa...Hakim yang nak pulut kuning. Terkejut dog maklang bila tanya berapa sebungkus. RM4! dah mintak 3 pulak tu! Terpaksa amek jelah. Lagi pun Maya suka gak. Jangan budak2 ni makan tak habis sudah..

besar jugak portion dia..ayam pun besar.
laksam sedap jugak, tapi agak manis...tak terhirup kuah tu.


Sebab musim hujan ni rasanya sedap kot makan sup sup ni. Lagipun anak2 mesti suka kalau lain dari nasi aje. So, maklang decided to make macaroni sup. Hmm..memang betul. Seperiuk Vision 5 L tu, habis kat mereka aje. Maklang makan lebih nasi dagang yang beli utk breakfast .


Lepas dah selesai kat dapur, ( tinggal kakak nak finish off apa2 yang tak kemas), maklang masuk bilik jahit. Alhamdulillah dapat sambung dalam 40 biji pouches, so at this moment dah siap 54 pieces. Baru selapis jelaa..bahgian dalam, tak buat lagi. sempat juga sambung beg utk kawan maklang. Alhamdulillah..


Petang dapat rehat kejap. tapi towards maghrib perut dah berkeroncong. Almaklum dalam hujan and sejuk ni, perut asyik menyanyi2 mintak makan. So, kakak buat lempeng dan dimakan dengan asam pedas leftovers. Ingatkan nak buat untuk ustadz yang datang ngajar ngaji, tapi dah last piece baru teringat yang ustadz punya tak ditinggalkan...:)

laku lempeng kelapa ni...Hakim pun suka...:)

have a nice weekend, maklang kena ngadap jahitan semula..:)

5 comments:

kak Erna said...

mak lang..kalau hari sabtu atau ahad ni.bila anak2 nak makan pulut kuning.akak akan buat sendiri..kalau beli tu..tak kena dengan selera dia orang..sebab akak dah biasa buat..
mak lang..tengok lempeng kelapa tu..memang membuka selera mak lang..mau esok nak buat jugak tu..

zino said...

nak lempeng satu hehe

maklang said...

Kak erna, maklang bab pulut2 ni mmg tak pandai... So beli je laaa;).

maklang said...

Kak erna, maklang bab pulut2 ni mmg tak pandai... So beli je laaa;).

Hayati said...

biasanya mak-mak ni memang selalu mengalah kat anak-anak. bagi mereka makan apa yang mereka nak, lepas tu baru giliran kita kan?