BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

hari ke 3 sekolah

Assalamualaikum...



Hari ini seharian maklang mengantuk. Dengan cuaca yang mendung dan hujan, memang terasa nak tidur aje. Pulak kat ofis kerja tak ada...siap satu report pendek, and ada discussion sependek2 nya, and that was it for the day...Memang lemah badan bila tak ada kerja. Alangkah baiknya sekiranya boleh hangkut mesin jahit kat ofis. Siap maklang punya puouches dan apron yang menunggu dan melambai2 dari rumah..Kesian tuan apron, maklang tak sempat nak pegang lagi. Jangan cerita pasal pencil cases...alahai...bilalah dapat nak pegang:(


Pagi tadi agak kelam kabut. Maklang dikejut oleh cik abang awal dah tapi rasanya macam tak terlarat nak angkat badan. Mintak tempoh 10 mins ye bang, nak rehat jap. Pinggang sakit dan rasanya macam tak cukup betul tido semalam. Itulah..ni maklang updet ekspress laa, jap lagi kena tido. Kena out by 11. Nak puaskan tidur. Badan ni kalau waktu2 cuti khas ni memang tak berapa nak sehat...hu hu..


Pagi tadi, maklang buatkan budak2 ni roti daging. Guna roti arab yang dah seminggu dalam fridge. Belah 2 ( roti tu tebal sgt) then potong 4. Pukul telor plus daging cincang, bawang besar mayang, lada kering sikit dan garam. Then tepek kan atas roti dan goreng atas pan dgn sedikit minyak. Sementara daging nak masak, letakkan sikit butter kat atas roti. Bila daging dah ok, terbalikkan lah dan goreng roti kasi garing..Alhamdulillah anak2 suka...si Maya lah no. 1


Alhamdulillah anak2 ok je sekolah ni. Tapi petang tadi Hakim tak ke tabilas sebab dia tiba dari sekolah pagi pukul 3:40 ptg. Lain kali memang kena ambil dia balik dari sekolah lah. Kalau tunggu pakcik memang lah lambat. kesian dia..


sekarang ni sebab musim hujan, bunga2 kat taman banyak pulak. tapi tengok tu air bergenang2 kat pangkal pokok..

sedap mata memandang pokok2 ijau ni. maklang ambil lepas turun dari kerete petang tadi.
bestnya pokok 3 bulan ni dah berbunga kembali. Banyak dah putik2 dia. Rindu nak tengok dia sihat kembali lepas dah hampir 2 tahun 'teracun' by pak omar. Dia kata dia takut maklang marah sebab dia tak sengaja. sebab bekas baja untuk bunga anak dia letak racun and masa dia spray tu dia tak tahu tu racun..Tak apalah Pak omar, tak payah takut laaa, maklang tak makan orang. lagipun bukannya sengaja kan. Alhamdulillah sekarang pokok2 ni nampak dah segar kembali.
cantekkan...
dan ikan2 kat kolam pun dah besar2. suka tengok ikan2 ni berebut makanan bila kita campakkan food dia.


on RE pulak maklang sempat siapkan ni. Adalah dekat 5 jam buat ni. Tupun belakang dia tak siap kemas lagi... Wiken kena jahit jadi beg dah ni. Tuan nak b4 12hb...
setakat ni dululaaa...maklang tak boleh tahan dah ni. InsyaAllah berjumpa lagi...

3 comments:

tireless mom said...

Hujan lebat betul kat sana tadi. Saya di Gebeng and ghrap...ghrap... hujan turun tak henti about lunch kan. Itu yg pokok mak lang menghijau tu.

MULAN said...

sodap roti daging tu..!!

kak Erna said...

salam mak lang.semoga mak lang dah kembali sihat..