BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 15, 2011

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Assalamualaikum

Bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana memperkenankan doa2 kami sekeluarga. Akhirnya idaman Along untuk memasuki Uni Em yang sangat2 dia harapkan tercapai jua. Alhamdulillah. Mengalir air mata ibu tua ni kerana rasa sayu dan sebak. Alhamdulillah Allah beri anak maklang peluang utk belajar kat tempat yang sangat2 dia inginkan. Infact uni ni adalah pilihan no 1 dan 2, then comes Ui@ dan Unim@s. Seterusnya tak ingat pulak apa yg dia letak. Boleh dia terlepas pandang nak letak uni2 lain yang berdekatan. Masa dapat result Matrik dulu, dia dapat kat Kedah. Mak oiii, jauhnya anak mak, tapi masih boleh dipertimbangkan. Lepas tu dapat pulak Unim@s lagilah jauh. Kebimbangan seorang ibu mmglah tak dapat nak dikata...Jauhnya anak mak sampai seberang lautan. Camana nanti. Dahlah tak pernah berpisah dan berada di bumi asing ( asing laa sbb separated dari semenanjung). Tak ada sedara langsung di sana. Si ibu ni pun bertanya2lah sekiranya ada kawan2 yang punya anak yg belajar kat sana. Memang risau teramat sangatlah masa tu. Berusaha laa...Alhamdulillah ramai yang memberi pandangan dan nasihat. InsyaAllah anak Ok nnt kat sana. Kami ada kawan kat sana. Kami ada anak yg sekolah kat sana dan ada ibu angkat. Kalau nak kami kenalkan pon boleh...Itu antara kata2 teman2 yang sama2 telah rasa apa yang bakal maklang rasa bila along akan bersekolah kat sana.


Dalam pada tu, maklang tercari2 cara camana nak minta along tukar uni. Yg bimbang sangat tu, Dhira ni ada sakit mata. memang bila kena attack dia, mata dia kabur n tak nampak. pakai spec pun tak nampak. mata pun sakit. tak leh tengok cahaya langsung. lepas tu dia cam kena migrane. Tu yang paling bimbang. dah jauh2 kat sana sapelah nak bawa dia kat doctor. kat sini kalau kena, mmg kena jumpa secepatnya. maklang or abah dia akan bw dia ke specialist kat kuantan. Lepas dah letak titik ubat tu barulah dia ok. Kesian dia. Memang kena jaga sangat. Alhamdulillah lepas dah berusaha, berhubung dengan kawan2 yang ada keje at UIA, tye procedure, minta surat Dr dan sebagainya dapatlah Dhira diterima masuk. Syukur sangat2. Terimakaseh tak terhingga buat mereka yang concern, terutamanya kak Ana, bekas housemate masa kat US dulu. Dia byk bantu maklang nak buat apa yang patutu. Tapi kursus yang di tawarkan bukan sains perubatan. Kalau kat Unim@s memang buat sains hayat yang akan menjurus ke perubatan. memang cita2 Dhira sejak lama dulu. nak ikut Alang laa tu. Tak mau ikut jurusan jurutera mak dia...memang mak pun tak nak lah dia jadi jurutera, susah sangat...campur dgn kaum tak sejenis...tak perlaaa..mana2 yang anak2 minat, mak galakkan asal nak belajar.


Masa dapat tawaran Bio Science kat UI@ seme orang nasihat, masuk aje dulu, then minta tukar utk menjurus ke perubatan. Minggu taaruf (orientation) Dhira minta tukar, tapi tak dapat. Risaunya maklang. Tapi masih ada peluang lagi kalau nak tukar bila periksa semester . Tapi memang lah kena score gila2. Doa maklang sentiasa dengan Dhira dan anak2 yang lain. Sekolah ajelah dulu. Alhamdulillah ada tempat. kalau org lain ada yang tak dapat langsung. Tulah antara kata2 maklang pada dia. Nasihat dan nasihat, sambil minta dia sama2 bersolat hajat. In fact rasanya semua yang sayang kat dia berdoa dan bersolat hajat agar dia tabah dan dapat sempurna menjalankan tugas sebagai pelajar asasi di Ui@. Alhamdulillah nampak2 lepas 2-3 hari, dia dah mula enjoy.


Masa buat appeal utk Ui@, kami ada juga minta appeal kat Uni Em ni. Alhamdulillah setelah berusaha, dan mungkin berkat doa semua dan belas kasihan dari Maha Esa, anak sulong kesayangan maklang ni, akhirnya diterima masuk ke Uni Em ni. Alhamdulillah...Mengalir air mata ibu tua ni mengenangkan anak dia dapat apa yang dihajati. Semalam memang maklang, cik abang, alang dan dhirah sendiri berdebar2. Kak ana pun msg ke maklang tanya camana. Dapat tak Uni Em. Dia pon risau sebab takut Dhira tak perform well sebab tak dapat apa dia nak...hu hu...Tertunggu juga call dari Uni sebab org yang jaga tu dah kata, kalau dapat, nnt dia akan call. Alang kata mungkin call abah dia or alang. Tau2 org tu call kat rumah tanya mana Along. Pandai pulak si bongsu jawab. Dia tak ada, dia kat Uni. Then orang tu kata dah call hp along dan tak dapat. Pastu ntah camana Dhirah call orang tu. dan just b4 pukul 4, maklang dapat msg dr Dhirah yg dia dah diterima masuk...Syukur Alhamdulillah...Wan pun sebak bila beritau cucu sulong dapat masuk Uni Em...At least boleh laa temankan Alang kat PJ tu...

Doa mak, moga anak mak belajar lah rajin2 dan jangan sekali mengecewakan harapan2 orang2 yang dah berusaha kuat utk nak dapatkan tempat untuk dhirah di sini. Moga satu hari nanti, anak mak akan dapat mencapai cita2 nya...Doa mak sentiasa buat anak mak...InsyaAllah....moga segala usaha akan dibayar dengan kejayaan...Amin





Dhirah pegi makan ngan Abah nak celebrate..lapar sangat kata dia...Alhamdulillah...geng2 sebilik pun dapat merasa pizza - large untuk 2 orang...tinggal 2 keping je...Dhirah kata kawan2 Dhirah dah tersandar dah... Maklang ingin juga nak ucapkan terimakaseh pada cikgu2 Dhirah sebab dah banyak membimbing dan mendoakan Dhira masa di sekolah. Jasa cikgu2 memang tak ternilai...moga Allah aje yang membalasnya...Amin...




Sehingga berjumpa lagi di lain waktu. Ada yang tersalah tersilap harap maafkan ye:)

5 comments:

pB said...

tahniah

mannira said...

congratulation along...nanti jd Dr la ya...moga berjaya...

MOKCIK AZWA said...

UM ke Maklang..? Alhamdulillah..semoga Dhirah terus maju jaya..

Anonymous said...

Alhamdulillah, suka akak dapat tau Dhirah dapat masuk jugak ke jurusan yg dia nak. Ni lah berkat Lina selalu tolong orang, maka Allah permudahkan pulak untuk Lina sekeluarga.. So, study hard Dhirah.. may all your dreams come true, InsyaAllah..

Kak Ana, Shah Alam

maklang said...

pB..tq..Alhamdulillah


mannira: TQ....nanti doakan ye..moga dia berjaya, InsyaAllah

Mokcik: ye..kat situlaa...dah tq doakan anak maklang:)

Kak Ana..Love you for what you are:)...thanks a million for helping us out...InsyaAllah Dhirah akan belajar sebaik mungkin...p/s didn't know that u have been reading my blog!